PENGENALAN
Hiburan adalah satu perbuatan, aktiviti atau
sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati
dan diri. Penyataan ini adalah pentakrifan secara umum untuk hiburan.
Hiburan boleh dikatakan sesuatu perkara yang merupakan kehendak fitrah naluri seseorang manusia. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Firman Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56.
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk
menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhiburan sentiasa berada di dalam
ruang lingkungan beribadah kepada Allah SWT. Kebiasaan, seseorang manusia
menginginkan hiburan adalah semata-mata untuk menghiburkan hati yang dalam
kekecewaan dan inginkan rasa bebas dalam kehidupan.
Sekiranya
kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang
luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga
dapat melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau
media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat
islam di Malaysia
TAKRIF SETIAP HIBURAN
1) Hiburan: Maksud hiburan
ialah sesuatu perbuatan untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati
2) Nyanyian: Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara
3) Muzik: Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan
4) Tarian: Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik
-VIDEO HIBURAN MELAMPAU- <<<< KLIK SINI
PUNCA HIRURAN MELAMPAU
1) Didikan
agama
Punca berlakunya
hiburan lampau adalah berpunca daripada kekurangan didikan agama dan moral
yang mendalam. Masyarakat tidak lagi takut
kepada dosa yang dilakukan malah, bertindak melakukan sesuatu tidak lagi
memikir tentang pembalasan Tuhan terhadap apa yang dilakukan. Masyarakat
berpendapat bahawa, kehidupan pada masa ini perlu diisi dengan hiburan dan
keseronokan semata-mata.
2) Kemunculan
teknologi
Teknologi yang
canggih dicipta untuk tujuan mempermudahkan sesuatu pekara. Tetapi dengan
kemudahan yang diberi ramai juga yang salah guna kemudahan itu terutamanya
dikalangan remaja. Hal ini kerana, media massa turut mendorong masalah hiburan melampau sehingga melonjak dengan drastik. Kesimpulannya, setiap perkembangan
teknologi mempunyai keburukan dan kelebihannya tersendiri.
3)Sikap
ibu bapa
Majoriti, ibu bapa berpendapat remaja pada masa kini hanya memerlukan duit atau perbelanjaan semata-mata. Sikap ibu bapa yang sibuk menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini akan menyebabkan para remaja berasa tertekan dan mulalah melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk dilupakan segala masalah itu.
4) Rakan sebaya
Selain daripada ibu bapa dan ahli keluarga, rakan sebaya adalah orang yang paling rapat bagi seseorang individu. Hal ini menyebabkan, remaja akan terikut-ikut perbuatan rakan sebayanya yang sering dilakukan tanpa mengira perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah dan tidak berfaedah. Dengan melakukan perbuatan yang negatif ini remaja akan mudah terjerumus dalam hiburan melampau.
KESAN HIRURAN MELAMPAU
1) Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar
2) Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan
dan berilmu pengetahuan.
3) Golongan remaja dan belia semakin jauh
dari pada nilai-nilaikeagamaan.
4) Maruah keluarga tergadai
5) Sikap pentingkan kemewahan.
6) Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan
remaja dan belia
7) Peningkatan kes jenayah.
8) Terapan nilai nilai negatif.
9) Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan
yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
10) Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
CONTOH KERATAN AKHBAR HIRURAN MELAMPAU
CARA MENGATASI HIRURAN MELAMPAU
1) Keprihatinan
ibu bapa.
Ibu bapa merupakan orang yang
sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu bapa yang
prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut pekembangan atau perubahan sikap
bagi anak mereka. Selain daripada wang, anak juga memerluka keprihatinan dari
kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang
bagi seseorang remaja.
2) Memberi
pendidikan dan kasih sayang.
Ibu bapa juga
perlulah memberi pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang
cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa perlulah mengajar cara berhibur
yang betul sejak anak kecil lagi. Atau memberi tahu kesan apabila berhiburan
kepada anak-anak supaya meraka tidaklah menjadi seperti kejutan budaya
apabila besar nanti.
3) Pendidikan
agama dan moral.
Pendidikan agama dan
moral dapat mengurangkan keinginan remaja untuk berhiburan secara berlebihan.
Hal ini kerana, remaja lebih memahami tentang kesan hiburan malampau kepada
seseorang. Ianya bagus kerana
remaja akan lebih berhati-hati untuk berhibur. Jika mereka terlibat dengan
aktiviti hiburan melampau maka mereka dapat mengindar dengan mudah.
4) Bijak
memilih rakan.
Remaja perlulah
bijak untuk memilih rakan. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam
pelajaran agar kita terus berpendidikan dan berpelajaran. Kawan yang baik akan mengajak kita kepada kebaikan dan mengajar kita melakukan perkara yang
baik. Selain itu, kawan baik juga dapat membantu kita berfikiran secara positif dan
terbuka.
5) Penguatkuasaan undang-undang.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis menjadi orang penting untuk menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di negara kita. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Dengan cara ini kita dapat kurangkan masalah yang dilakukan oleh remaja.
GARIS PANDUAN HIRURAN
Garis Panduan ini
diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan.
Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan
menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam. Antara garis panduan hiburan ialah:
1) Persembahan tarian
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak tari yang yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
2) Persembahan muzik
- Tidak menimbulkan gerak-geri liar.
- Tidak mendorongkan kepada perbuatan maksiat
- Tidak melalaikan
- Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
3) Hayati lirik
- Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
- Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
- Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
- Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
4) Persembahan artis
- Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
- Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.
5) Program hiburan
- Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
- Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
- Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
- Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
SYARAT HIRURAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM
1) Tidak
meninggalkan solat.
Bagi
umat islam syarat untuk berhibur metilah tidak meninggalkan solat 5 waktu.
Solat 5 waktu adalah kewajipan yang perlu dilakukan walau dalam segala keadaan
sekalipun. Bagi bulan puasa pula, diharamkan bagi umat islam tidak berpuasa
semata-mata untuk menyertai aktiviti hiburan.
2) Tidak meninggalkan kewajipan.
Untuk
berhiburan seseorang tidak wajar untuk meninggalkan kewajipan utama seperti
mencari rezeki. Bayangkan semata-mata untuk berhiburan tetapi tidak sedar anak
dan isteri di rumah masih tidak makan satu hari lagi. Lebih
baik menjalankan kewajipan dahulu jika terdapat wang lebih barulah pergi
berhibur.
3) Tidak dicampuri dengan perkara yang diharamkan.
Sesuatu
hiburan mestilah tidak dicampuri dengan perkara yang haram seperti perjudian
dan pertaruhan. Hal ini akan lebih menjadi teruk apabila perjudian dan
pertaruhan berlaku. Ia juga boleh menyebabkan kehilanagn nyawa jika beralutan.
4) Tidak ada unsur - unsur penipuan.
Sesuatu
hiburan tidak dibenarkan mempunyai unsur-unsur penipuan. Hal ini akan
menyebabkan ketidak puashati terhadap banyak pihak. Lagi-lagi jika hiburan itu
dikenakan dengan bayaran yang tinggi.
KESIMPULAN
Remaja kita tidak mementingkan
perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada
mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan
keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang
bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan
remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan
umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini
bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan
mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita
mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini
sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering
berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah
normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat
melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan remaja. Hal ini ibu bapa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam
mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa
hadapan.
RUJUKAN
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Hiburan
- https://www.scribd.com/document/46965622/Hiburan-Dalam-Islam
- https://faiz96.wordpress.com/bentuk-bentuk-hiburan-yang-dibenarkan-dalam-islam/
- https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan-antara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/
- https://www.google.com/search?hl=en&biw=1366&bih=613&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=hiburan+melampau&oq=hiburan+melampau&gs_l=psy-ab.3..0j0i24k1l2.11812