Friday, 1 February 2019

HIBURAN MELAMPAU - DTP5A




PENGENALAN

Hiburan adalah satu perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri. Penyataan ini adalah pentakrifan secara umum untuk hiburan. 

Hiburan boleh dikatakan sesuatu perkara yang merupakan kehendak fitrah naluri seseorang manusia. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Firman Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56.

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhiburan sentiasa berada di dalam ruang lingkungan beribadah kepada Allah SWT. Kebiasaan, seseorang manusia menginginkan hiburan adalah semata-mata untuk menghiburkan hati yang dalam kekecewaan dan inginkan rasa bebas dalam kehidupan.

Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia


TAKRIF SETIAP HIBURAN

1)  Hiburan: Maksud hiburan ialah sesuatu perbuatan untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati

2) Nyanyian: Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara

3) Muzik: Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan

4) Tarian: Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik



 -VIDEO HIBURAN MELAMPAU- <<<<  KLIK SINI



PUNCA HIRURAN MELAMPAU

1) Didikan agama
Punca berlakunya hiburan lampau adalah berpunca daripada kekurangan didikan agama dan moral yang mendalam. Masyarakat tidak lagi takut kepada dosa yang dilakukan malah, bertindak melakukan sesuatu tidak lagi memikir tentang pembalasan Tuhan terhadap apa yang dilakukan. Masyarakat berpendapat bahawa, kehidupan pada masa ini perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. 
2) Kemunculan teknologi
Teknologi yang canggih dicipta untuk tujuan mempermudahkan sesuatu pekara. Tetapi dengan kemudahan yang diberi ramai juga yang salah guna kemudahan itu terutamanya dikalangan remaja. Hal ini kerana, media massa turut mendorong masalah hiburan melampau sehingga melonjak dengan drastik. Kesimpulannya, setiap perkembangan teknologi mempunyai keburukan dan kelebihannya tersendiri. 
3)Sikap ibu bapa


Majoriti, ibu bapa berpendapat remaja pada masa kini hanya memerlukan duit atau perbelanjaan semata-mata. Sikap ibu bapa yang sibuk menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini akan menyebabkan para remaja berasa tertekan dan mulalah melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk dilupakan segala masalah itu.
4) Rakan sebaya
Selain daripada ibu bapa dan ahli keluarga, rakan sebaya adalah orang yang paling rapat bagi seseorang individu. Hal ini menyebabkan, remaja akan terikut-ikut perbuatan rakan sebayanya yang sering dilakukan tanpa mengira perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah dan tidak berfaedah. Dengan melakukan perbuatan yang negatif ini remaja akan mudah terjerumus dalam hiburan melampau.


KESAN HIRURAN MELAMPAU

1) Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar
2) Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
3) Golongan remaja dan belia semakin jauh dari pada nilai-nilaikeagamaan.
4) Maruah keluarga tergadai
5) Sikap pentingkan kemewahan.
6) Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
7) Peningkatan kes jenayah.
8) Terapan nilai nilai negatif.
9) Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
10) Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.



CONTOH KERATAN AKHBAR HIRURAN MELAMPAU

  



CARA MENGATASI HIRURAN MELAMPAU

1) Keprihatinan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan orang yang sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut pekembangan atau perubahan sikap bagi anak mereka. Selain daripada wang, anak juga memerluka keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang bagi seseorang remaja.
  
2) Memberi pendidikan dan kasih sayang.
Ibu bapa juga perlulah memberi pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa perlulah mengajar cara berhibur yang betul sejak anak kecil lagi. Atau memberi tahu kesan apabila berhiburan kepada anak-anak supaya meraka tidaklah menjadi seperti kejutan budaya apabila besar nanti. 

3) Pendidikan agama dan moral.
Pendidikan agama dan moral dapat mengurangkan keinginan remaja untuk berhiburan secara berlebihan. Hal ini kerana, remaja lebih memahami tentang kesan hiburan malampau kepada seseorang. Ianya bagus kerana remaja akan lebih berhati-hati untuk berhibur. Jika mereka terlibat dengan aktiviti hiburan melampau maka mereka dapat mengindar dengan mudah.
    
4) Bijak memilih rakan.
Remaja perlulah bijak untuk memilih rakan. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran agar kita terus berpendidikan dan berpelajaran. Kawan yang baik akan mengajak kita kepada kebaikan dan mengajar kita melakukan perkara yang baik. Selain itu, kawan baik juga dapat membantu kita berfikiran secara positif dan terbuka.  

5) Penguatkuasaan undang-undang.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis menjadi orang penting untuk menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di negara kita. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Dengan cara ini kita dapat kurangkan masalah yang dilakukan oleh remaja.


GARIS PANDUAN  HIRURAN 

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam. Antara garis panduan hiburan ialah:

1) Persembahan tarian
Image result for breakdance gif
  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  • Gerak tari yang yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
  • Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
  • Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan

2) Persembahan muzik
Image result for hiburan melampau blog
  • Tidak menimbulkan gerak-geri liar.
  • Tidak mendorongkan kepada perbuatan maksiat
  • Tidak melalaikan
  • Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.


3) Hayati lirik
Image result for bruno mars sing gif
  • Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
  • Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
  • Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
  • Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

4) Persembahan artis
Related image
  • Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  • Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
  • Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

5) Program hiburan
  • Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
  • Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
  • Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
  • Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat


SYARAT HIRURAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM

1) Tidak meninggalkan solat.
Bagi umat islam syarat untuk berhibur metilah tidak meninggalkan solat 5 waktu. Solat 5 waktu adalah kewajipan yang perlu dilakukan walau dalam segala keadaan sekalipun. Bagi bulan puasa pula, diharamkan bagi umat islam tidak berpuasa semata-mata untuk menyertai aktiviti hiburan.

2) Tidak meninggalkan kewajipan.
Untuk berhiburan seseorang tidak wajar untuk meninggalkan kewajipan utama seperti mencari rezeki. Bayangkan semata-mata untuk berhiburan tetapi tidak sedar anak dan isteri di rumah masih tidak makan satu hari lagi. Lebih baik menjalankan kewajipan dahulu jika terdapat wang lebih barulah pergi berhibur. 

3) Tidak dicampuri dengan perkara yang diharamkan.
Sesuatu hiburan mestilah tidak dicampuri dengan perkara yang haram seperti perjudian dan pertaruhan. Hal ini akan lebih menjadi teruk apabila perjudian dan pertaruhan berlaku. Ia juga boleh menyebabkan kehilanagn nyawa jika beralutan.

4) Tidak ada unsur - unsur penipuan.  
 Sesuatu hiburan tidak dibenarkan mempunyai unsur-unsur penipuan. Hal ini akan menyebabkan ketidak puashati terhadap banyak pihak. Lagi-lagi jika hiburan itu dikenakan dengan bayaran yang tinggi.


KESIMPULAN

       Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

      Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

      Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan remaja. Hal ini ibu bapa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab  perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.


RUJUKAN






HIBURAN MELAMPAU - DTP5A

PENGENALAN Hiburan adalah satu perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan m...